8 Punca Angin Dalam Badan

angin dalam badan

8 Punca Angin Dalam Badan

Angin di dalam badan memang memudaratkan pada diri kita. Hanya yang pernah mengalaminya tahu akan rasa betapa sakitnya apabila sakit angin ni datang. Banyak sebenarnya punca angin dalam badan seseorang tu. Antara yang terbesar adalah pemakanan. Ada banyak makanan yang berangin. Kalau boleh, elakkan dari makanan tersebut.

angin dalam badan

Gaya hidup yang tidak aktif juga adalah salah satu penyumbang kepada angin di dalam badan. Apabila kita bersenam, badan akan menjadi sihat. Dengan itu, angin pun kurang di dalam badan.

punca angin dalam badan

1. Kekacang

Semua jenis kekacang boleh menyebabkan angin di dalam badan. Samada kekacang itu di tanam di dalam tanah atau di atas pokok, semuanya patut kita hindarkan.

Apabila kekacang berada di dalam perut, tindak balas kimia perut dan kekacang menyebabkan badan kita berangin.

punca angin dalam badan

2. Produk Tenusu

Pada am nya, produk tenusu memang bagus untuk kesihatan, tetapi jika badan anda ada banyak sangat angin. Anda patut hindarinya seketika.

punca angin dalam badan

3. Makanan Berlemak

Lemak di dalam makanan seperti daging melambatkan pencernaan di dalam perut. Proses yang mengambil masa yang lama akan menghasilkan gejala angin di dalam badan.

angin dalam badan

Bukan daging sahaja, begitu juga dengan makanan ringan seperti beger dan sosej. Perut kita amat lambat untuk menghadamkannya.

punca angin dalam badan

4. Minuman Berkarbonat

Minuman gas adalah salah satu punca angin dalam badan. Minuman gas bukan sahaja akan meningkatkan angin di dalam badan, tetapi kandungan gulanya amat tinggi. Jadi, jauhilah minuman berkarbonat. Memang tidak elok pun minum minuman bergas ni.

angin dalam badan

5. Makan Laju

Apabila makan terlalu cepat, makanan tidak di kunyah dengan elok. Makanan yang tidak hancur itu akan menyebabkan proses penghadaman mengambil masa yang lama.

Dan ini akan menyebabkan gas akan terhasil akibat proses tersebut. Setiap kali anda makan, ambillah masa sedikit untuk pastikan makanan anda dihancur dengan elok.

angin dalam badan

6. Stress Atau Kebimbangan

Jangan tak percaya, emosi juga boleh mempengaruhi kesihatan pada diri kita. Bila berlaku stress, perut akan mengeluarkan asid yang berlebihan di dalam badan. Ini menyebabkan seseorang itu rasa angin berlebihan di dalam tubuh badan.

Jika stress yang berlebihan, mungkin anda akan hadapi gastrik yang teruk. Jadi, anda kena kawal diri anda daripada tekanan dan jauhi daripada permasalahan yang boleh memudaratkan kesihatan anda.

angin dalam badan

7. Teh Atau Kopi

Yang ni memang jahat, terutamanya teh. Walaupun di minum panas, ia tetap akan menambahkan sakit angin dalam badan. Cuma cepat atau lewat sahaja kita merasa sakit angin datang di badan kita.

angin dalam badan

8. Nangka Dan Cempedak

Buah-buahan ni paling cepat efeknya apabila kita makan. Selesai makan, mesti rasa mencucuk-cucuk di perut atau sendi badan.

Kadangkala efeknya serta merta berlaku. Memang dinasihatkan jangan makan nangka atau cempedak jika anda ada banyak angin dalam badan.

Jamu Buang Angin

Jika Anda Nak Selesaikan Masalah Angin pada diri anda. Anda boleh cuba Rawatan Tradisional buang angin dalam badan. Sila klik butang di bawah.

Semoga artikel Punca Angin Dalam Badan ini bermanfaat untuk anda.

Jika artikel ini boleh membantu anda atau sahabat anda, boleh share artikel ini dengan klik butang share di bawah.