4 Petua Buang Angin Dalam Badan Yang Berkesan
Sakit-sakit badan, lenguh-lenguh sendi, sengal-sengal badan dan rasa lemah badan ialah antara simptom angin banyak dalam badan. Jika bertambah kronik lagi, ia boleh menyebabkan gastrik pada diri kita. Anda kena buang angin dalam badan segera supaya tidak bertambah teruk.
Punca utama kepada angin dalam badan ialah cara pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat. Pengambilan makanan yang sejuk juga boleh menyumbang kepada penyakit ini. Bukan itu sahaja, lewat mengambil makanan pada waktu yang sepatutnya juga boleh akibatkan gejala ini.
Asid di dalam perut akan bertambah dan menyebabkan pembebasan gas berlebihan berlaku. Dan mengakibatkan pertambahan angin di dalam badan anda. Anda akan rasai tidak keselesaaan pada perut seperti menyucuk-nyucuk atau kepedihan.
Kurang melakukan aktiviti juga salah satu risiko angin akan masuk dalam badan. Terutamanya pekerja yang berada di dalam ofis, hanya statik di atas meja sahaja. Bertambah pula dengan suhu sejuk daripada penghawa dingin di pejabat. Ini semua punca kepada masalah angin di dalam badan anda.
Apabila bersenam, otot akan bergerak dan badan berpeluh. Aktiviti ini akan mengurangkan angin masuk di dalam badan. Dan memudahkan angin keluar dari tubuh badan kita.
Ini adalah antara petua buang angin dalam badan yang boleh anda buat di rumah. Tahap keberkesanan petua ini bergantung juga pada tubuh badan individu. Tapi, tak salah jika anda mencubanya.
1. Madu Dan Lemon
Resepi madu dan lemon memang berkesan untuk buang angin dalam badan. Anda hanya perlukan madu, lemon dan segelas air suam sahaja.
Masukkan sehiris lemon dan sesudu kecil madu ke dalam segelas air suam. Kacau dan biarkan seketika. Selepas itu minum bancuhan tersebut.
Amalkan 2 kali sehari, waktu pagi dan sebelum tidur. Anda boleh lihat kesannya selepas 2-3 hari.
Badan anda akan rasa segar dan bertenaga. Tiada lagi rasa letih dan lesu pada badan anda.
2. Minyak Kayu Putih
Anda boleh dapati Minyak Kayu Putih dari farmasi yang berhampiran atau kedai ubat tradisonal. Minyak ini telah terbukti berkesan dari dahulu lagi. Minyak ini akan memanaskan tubuh badan dan memudahkan proses angin keluar dari tubuh badan.
Cara gunanya pun senang sahaja. Hanya lumurkan minyak ini di tempat yang anda rasakan tak selesa. Kesannya adalah serta merta. Dan anda akan rasai masalah yang anda hadapi akan ok.
3. Minum Air Panas
Ini adalah petua yang paling senang sekali. Hanya gunakan segelas air panas.
Biarkan seketika air panas di dalam gelas, hingga anda rasakan selamat untuk minumnya. Jangan biarkan terlalu lama hingga sejuk. Minum semasa ia masih lagi ada rasa hangat.
Anda akan alami sendawa berpanjangan selepas minum air panas tersebut. Angin akan keluar banyak bersama sendawa. Tubuh badan anda juga akan rasa berpeluh sedikit. Amalkan selalu kaedah ini.
Rugi jika anda tak lakukan petua yang begitu senang ini.
4. Rendam Kaki Dalam Air Hangat
Jika anda ada masa, saya syorkan anda lakukan petua ini.
Ambil besen dan masukkan air panas. Biarkan seketika hingga anda rasakan sesuai untuk anda celupkan kaki di dalamnya. Jika terlalu panas, anda boleh tambahkan air suam untuk mempercepatkan suhu air panas itu sejuk sedikit.
Ambil masa dalam 15 minit ke 30 minit merendam kaki anda ke dalam air hangat tersebut.
Anda akan dapat rasakan angin akan naik ke kepala anda dan anda akan sendawa bertalu-talu.
Keringat halus juga akan keluar sekali dari tubuh badan anda.
Lakukan setiap hari jika anda ada masa terluang. Bukan sahaja angin anda hilang, tetapi ia juga adalah salah satu terapi untuk kesegaran tubuh badan anda.
4 petua buang angin dalam badan di atas adalah petua yang telah terbukti berkesan untuk diri anda. Jika anda rasakan petua di atas terbaik untuk anda, sila kongsikan petua tersebut kepada sahabat dan saudara anda. Hanya tekan butang share di bawah untuk perkongsian.
Anda Nak Rawatan Tradisional Buang Angin Dalam Badan?
Klik butang di bawah untuk info lanjut!
Rawatan Tradisional ini dibuat khas untuk anda yang ada masalah angin dalam badan.
Ramuannya daripada herba tempatan yang berkualiti tinggi dan tiada tambahan bahan kimia. Sila klik Butang di bawah!